Daftar Technician BaikiSumbatMY
Kenapa mesti saya berikan gambar IC dan selfie bersama IC?
Ini adalah prosedur keselamatan untuk memastikan bahawa technician yang daftar adalah individu yang tulen, sah, dan boleh dipertanggungjawabkan.
Macam mana saya dapat job dari BaikiSumbatMY?
Tuan akan menerima email secara automatik berkenaan maklumat tempat yang memerlukan servis BaikiSumbatMY. Tuan perlu terus menghubungi pelanggan untuk menetapkan tarikh dan masa untuk baiki.
Macam mana kadar harga perkhidmatan dari BaikiSumbatMY?
Harga kami bermula RM100 – RM500 ( bergantung kepada kadar kesukaran untuk baiki ). Walau bagaimana pun, Anda boleh menentukan kadar cas pembaikian dan mendapatkan persetujuan dari pelanggan
Apa kaedah bayaran?
Tuan boleh menerima bayaran dari pelanggan dalam bentuk Tunai, QR & E-Wallet , Pindahan Bank.
Berapa lama warranti?
tempoh warranti ditentukan oleh pihak Anda, tempoh warranti itu adalah dibawah tanggungjawab technician yang mengambil tugas tersebut.